Pada 19 februari 2017, pada hari Ahad kelas DAG2A telah membuat lawatan di Lembaga Getah Malaysia Besut ( LGM). Pensyarah yang mengiringi kami semua adalah Sir Akmal Shafiq Bin Buang. Disana kami telah diberi pendedahan tentang getah. Kami belajar tentang jenis-jenis getah , cara penanaman,cara membuat cantuman mata tunas, menyediakan media dan menamam biji benih. Pada awal ketibaan kami semua, kami telah diberikan taklimat ringkas tentang LGM dan juga tentang getah.
Kemudian, kami telah dibawa oleh pengurus dan juga pekerja di LGM untuk membuat cantuman mata tunas. Kami telah diajar untuk memilih " bud stick" yang sesuai untuk dibuat cantuman mata tunas. " Bud stick " tersebut hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 2 jenis mata tunas iaitu mata tunas senyum ataupon mata tunas ketiak/ pelepah. Selepas proses memilih " Bud stick" kami pergi ke pokok penanti untuk membuat proses cantuman mata tunas.
Selepas selesai membuat cantuman mata tunas, kami diajar untuk membuat cara-cara menyediakan media yang terdiri daripada tanah yang dicampur dengan CIRP ( Christmas Island Root Phosphate ).Setelah selesai menyediakan media, kami masukkkan media tersebut kedalam polibag dan akhir skli masukkan biji benih getah kedalam polibag.
No comments:
Post a Comment