Di Politeknik Jeli Kelantan, kami telah mengambil kos diploma agroteknologi disini .Pada semesta 2 kami dari kelas DAG2A belajar pelajaran E-Agriculture yang telah diajar oleh Encik Mohd Nawi Bin Ab Rahman. Kumpulan kami telah dianggotai oleh Afkar Darwisy bin Amran, Suhaira Adzlin bt Mohd Salleh, Nurul Atikah bt Ahmad dan Helma Nabila bt Mohd Arsyad. Kami telah diberi tugas untuk menyediakan blogspot yang berkaitan dalam bidang agroteknologi. Jadi kami sepakat untuk membuat dan mencerita mengenai hevea brasiliensis (getah) diblog ini.
Hevea brasiliensis ( getah )
POLITEKNIK JELI ,KELANTAN ( E - AGRICULTURE )
Sunday, 5 March 2017
PENGENALAN
Di Politeknik Jeli Kelantan, kami telah mengambil kos diploma agroteknologi disini .Pada semesta 2 kami dari kelas DAG2A belajar pelajaran E-Agriculture yang telah diajar oleh Encik Mohd Nawi Bin Ab Rahman. Kumpulan kami telah dianggotai oleh Afkar Darwisy bin Amran, Suhaira Adzlin bt Mohd Salleh, Nurul Atikah bt Ahmad dan Helma Nabila bt Mohd Arsyad. Kami telah diberi tugas untuk menyediakan blogspot yang berkaitan dalam bidang agroteknologi. Jadi kami sepakat untuk membuat dan mencerita mengenai hevea brasiliensis (getah) diblog ini.
SEJARAH POKOK GETAH
Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877,di Kuala Kangsar, Perak.Anak getah yang ditanam adalah spesies Havea Brasilliensis.Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903.Selepas itu keluasan penanam getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979.Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.
Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil.Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.
CIRI-CIRI FIZIKAL POKOK GETAH
- kulit kayu ; licin, berwarna kelabu-kelabuan, dan mengandungi lateks keruh yang menjadi keras ketika didedahkan kepada udara.
- daun ; licin, berwarna hijau kebiru-biruan dan dibahagikan kepada tiga daun kecil sepanjang 1.5 sentimeter. Pada cuaca kering, daun menjadi kuning dan kemudian merah terang sebelum luruh.
- bunga ; kecil, berwarna kuning, berbau hapak dan tumbuh dalam bentuk tangkai.
- buah ; keras, dengan tiga biji yang besar. ketika masak, buah akan meletup menjadi tiga bahagian di atas pokok dan melantingkan biji-bijinya yang berat.
- biji ;warna biji mentah adalah hijau dan ketika masak menjadi licin dengan tompok-tompok tercapuk-capuk yang berwarna perang muda.

PENYAKIT POKOK GETAH
1. penyakit luruhan daun oidium
2. penyakit luruhan daun phytopthora
3. penyakit luruhan daun corynespora
4. penyakit akar putih.
5. penyakit akar merah
6. penyakit akar perang
7. penyakit dahan/ batang - penyakit cendawan angin

LAWATAN DI LEMBAGA GETAH MALAYSIA BESUT
Pada 19 februari 2017, pada hari Ahad kelas DAG2A telah membuat lawatan di Lembaga Getah Malaysia Besut ( LGM). Pensyarah yang mengiringi kami semua adalah Sir Akmal Shafiq Bin Buang. Disana kami telah diberi pendedahan tentang getah. Kami belajar tentang jenis-jenis getah , cara penanaman,cara membuat cantuman mata tunas, menyediakan media dan menamam biji benih. Pada awal ketibaan kami semua, kami telah diberikan taklimat ringkas tentang LGM dan juga tentang getah.
Kemudian, kami telah dibawa oleh pengurus dan juga pekerja di LGM untuk membuat cantuman mata tunas. Kami telah diajar untuk memilih " bud stick" yang sesuai untuk dibuat cantuman mata tunas. " Bud stick " tersebut hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 2 jenis mata tunas iaitu mata tunas senyum ataupon mata tunas ketiak/ pelepah. Selepas proses memilih " Bud stick" kami pergi ke pokok penanti untuk membuat proses cantuman mata tunas.
Selepas selesai membuat cantuman mata tunas, kami diajar untuk membuat cara-cara menyediakan media yang terdiri daripada tanah yang dicampur dengan CIRP ( Christmas Island Root Phosphate ).Setelah selesai menyediakan media, kami masukkkan media tersebut kedalam polibag dan akhir skli masukkan biji benih getah kedalam polibag.

GAMBAR DI LEMBAGA GETAH MALAYSIA BESUT
Subscribe to:
Posts (Atom)